Patik dan seluruh warga UMediC Group Berhad menjunjung kasih ke hadapan Duli Yang Amat Mulia Tuanku Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, kerana berkenan berangkat mencemar duli menyaksikan demonstrasi ambulans keluaran UMediC Group Berhad.

Keberangkatan DYAM Tuanku amat bermakna serta memberi semangat kepada UMediC Group Berhad untuk terus memperkasa perkhidmatan kami dalam bidang perubatan dan kecemasan.

Turut mengiringi keberangkatan DYAM Tuanku ialah Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah serta Pengurusan Kanan UMediC Group Berhad.

Menjunjung kasih atas limpah perkenan DYAM Tuanku.